Info Bisnes Burger

Panduan lengkap bagi menjalankan bisnes burger

Ciri-ciri Gerai Burger Terbaik

Untuk mendapatkan keuntungan yang baik menerusi bisnes menjual burger, kita mesti memastikan gerai burger kita adalah yang terbaik. Ia penting kerana faktor inilah yang akan menarik para pelanggan datang ke gerai kita untuk membeli burger dengan kita.

Kadang-kadang sesetengah gerai burger ni, bila kita tengok burger yang dijual macam sedap dan menggiurkan. Tetapi bila datang dekat di gerai tersebut, putus selera pulak. Sudah pasti kita tak mahu perkara itu terjadi kepada gerai kita kan?

Kalau begitu, mari kita tengok beberapa ciri gerai burger yang terbaik.

1. Gerai yang bersih


Yang ni memang perkara yang tersangat penting bagi sesebuah gerai burger. Kebersihan gerai kita adalah penentu utama sama ada pelanggan akan datang membeli di gerai kita. Senang saja nak pastikan gerai kita sentiasa bersih. Pastikan ada tong sampah untuk membuang sampah kita. Kemudian, pastikan setiap kali selesai menyiapkan order pelanggan cepat-cepat bersihkan gerai kita tu. Buang minyak, sapu salad-salad yang serta lap meja yang ada kesan sos tumpah.

2. Gerai yang senang dijumpai


Ya benar. Faktor lokasi juga memainkan peranan yang penting dalam menentukan sebuah gerai burger terbaik. Tak guna jika gerai bersih tetapi pengunjung atau bakal pelanggan kita sukar datang ke gerai kita ataupun tersorok dari jalan utama. Jika gerai seanang dikunjungi ia akan meningkatkan bilangan pelanggan yang akan datang ke gerai kita untuk menikmati burger yang sudah pasti sedap dimakan.


3. Resipi burger yang sedap

Selepas faktor kebersihan dan lokasi, burger yang kita nak jual tu mestilah sedap dan enak untuk dinikmati. Rasa burger yang sedap akan menentukan sama ada pelanggan yang datang kali pertama akan datang lagi ataupun sekali tu je datang, lepas tu dah tak datang-datang. Lagi teruk kalau pelanggan tersebut menyebarkan tentang ketidaksedapan burger kita tu.

Resipi burger sedap
Burger yang sedap dimakan


Jadi, nak dapatkan burger yang sedap kita kenalah belajar cara memasak burger yang sedap. Iaitu dengan cara belajar dengan mereka yang pakar atau mendapatkan rahsia membuat burger yang power dalam panduan bisnes burger ni.

4. Harga yang berpatutan


Gerai burger yang bagus akan menawarkan harga burger yang berpatutan kepada pelanggannya. Sebenarnya, harga berpatutan adalah agak subjektif juga. Sebagai contoh, mungkin harga burger yang dijual tu murah tapi burger tu pulak tak sedap, dagingnya pun tak berapa masak. Ataupun mungkin harga burger agak mahal berbanding saingan tetapi burgernya sedap, dagingnya enak, lengkap dengan salad yang segar dan mayonis yang menggiurkan.

Tapi jangan harga burger terlalu mahal sehinggakan sama mahal dengan burger di restoran segera pula. Sedap macam mana pun, kalau pelanggan datang sebulan sekali pun tak ada maknanya. Oleh itu, pastikan burger kita tu dijual dengan harga yang mampu milik tanpa mengorbankan kualitinya.

5. Pelbagai menu burger dijual


Untuk menjadikan gerai burger sebagai yang terbaik, kita hendaklah mempelbagaikan menu burger yang dijual kepada pelanggan. Ini supaya mereka yang datang dapat membuat pilihan sesuai dengan kehendak mereka. Kebiasaannya orang akan mencari burger ayam, burger daging, banjo, cheese burger, burger double dan lain-lain lagi. Jadi, gerai burger yang bagus akan menyediakan pelbagai jenis burger bagi setiap pelanggan yang datang.

Kesimpulannya, meniaga burger mungkin ramai orang boleh buat tetapi tak ramai yang boleh menyediakan gerai burger yang baik. Kalau kita perhatikan gerai burger yang ramai orang dan laris akan mempunyai ciri-ciri gerai burger yang terbaik seperti di atas. Jika kita mampu hasilkan gerai sebegini, pelanggan akan suka datang ke gerai kita dan juga akan membawa keuntungan dalam jangka panjang. 
1 Komentar untuk "Ciri-ciri Gerai Burger Terbaik"

▷ Casino Site ᐈ Review and Bonus Offers From TOP
Read the detailed Casino Site review for details on the best casino sites for you, with bonuses, live tables, deposit methods, mobile luckyclub compatibility and more.

 
Copyright © 2014 Info Bisnes Burger - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info