Info Bisnes Burger

Panduan lengkap bagi menjalankan bisnes burger

Kenapa Rakyat Malaysia Suka Burger Tepi Jalan?

Betul ke rakyat Malaysia ni suka makan burger yang dijual di tepi jalan?

Sebenarnya, dalam tak sedar burger tepi jalan ni mungkin telah menjadi sebahagian daripada budaya rakyat Malaysia. Kalau tak percaya, cuba perhatikan di taman-taman perumahan,di pasar malam, pasar Jumaat, pasar apa sekalipun, hampir semua tempat berkenaan sekurang-kurangnya mesti ada satu gerai burger di situ. Betul tak?

makan burger yang sedap


Jadi, apa agaknya yang menyebabkan kita sebagai rakyat Malaysia gemar membeli daripada gerai burger tepi jalan ni? 

Ada di Mana - Mana


Antara faktor utama orang Malaysia suka beli burger di gerai tepi jalan adalah kerana gerai-gerai ini mudah dijumpai di mana-mana. Seperti yang saya sebut di atas tadi, hampir setiap taman perumahan ada jual burger tepi jalan ni. 

Sebagai seorang pelanggan, perkara yang paling suka mestilah benda yang senang dapat kan? Kalau susah nak dapat, memang orang tak suka. Jadi, katakan kita terfikir nak makan burger tengah malam. Jalan kaki 5 minit dah jumpa gerai jual burger. Mestilah kita suka kan? Tak perlu nak telefon, naik kereta atau sebagainya dah dapat apa yang kita hajatkan.


Murah Murah Murah!


Ya, burger yang dijual di tepi jalan adalah jauh lebih murah berbanding burger - burger yang berjenama. Harga burger daging biasa adalah sekitar RM2.50 - RM3.00 sahaja. Jarang la budak-budak burger tu jual mahal-mahal. Nanti siapa nak beli.

Burger di restoran makan segera pula boleh jejak RM5.00 satu. Kalau beli dengan set pula, boleh mencecah RM10.00. Tu kalau seorang, kalau datang dengan anak-beranak, tak ke haru masa nak membayar.

Jadi, pilihan yang paling mudah adalah beli je burger tepi jalan.

Malas Nak Masak Waktu Malam? Beli Je Burger! 

Oleh kerana orang Malaysia sangat sibuk bekerja pada waktu siang, ia telah menyebabkan kebanyakan mereka malas nak memasak di rumah pada waktu malam. Salah satu faktor adalah kepenatan dengan kerja seharian. Bila dah penat, nak menghadap dapur memang takde mood, apatah lagi nak memasak. yang terfikir cuma nak makan apa, kat mana nak dapat dengan cepat.

Jadi, sebagai alternatifnya burger adalah menjadi pilihan. Selain dari mudah dan cepat untuk dibeli, burger ni dapat pulak kita makan tengah panas-panas tu. Memang menyelerakan. 

Sebagai kesimpulan, orang Malaysia dengan burger tepi jalan ni memang tak dapat dipisahkan. Atas sebab itu, kalau kita perhatikan bisnes burger jalanan ini tidak akan pupus di Malaysia malahan semakin banyak pula gerai burger tepi jalan yang didirikan.



0 Komentar untuk "Kenapa Rakyat Malaysia Suka Burger Tepi Jalan?"

 
Copyright © 2014 Info Bisnes Burger - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info